dah tak lama nak sambut tahun baru
hi 2015 please be good to us
moga amalan bertambah
dosa jangan buat dah
2014 banyak fail
diet kelaut china selatan
berat mkin naik
ayra : gain weight much..dah obese dah..
amzar : too..
2015
mami ngan babah
banyakkan amalan untuk bekalan akhirat..tingalkan yang buruk...taktau bila tuhan nak amik kita
ayra;;mami have spend time untuk ayra belajar iqra betul-betul
kurangkan berat ayra..
swimming kna rajin jugak..nanti dia lupa
amzar;;;rajin2 lagi tunjuk flashcard kat dia...banyyakn bercakap dengan dia lagi..
tak banyak word dia boleh compare to kakak
hello
Wednesday, December 17, 2014
Posted by mamibabah at 8:55 PM 0 comments
amzar 14month
Sunday, November 2, 2014
1nov semalam genap umor amzar 14bulan..
sihat alhamdulilaah.
naik risau jgk dengan selera makan dia lani
takut obese
dah pegi cucuk mmr last wednesday
apa tu mmr vaccine
Measles, mumps, rubella vaccine
WHO SHOULD GET THIS VACCINEInfants
MMR is one of the recommended childhood vaccines. Nearly all states require proof that a child has received MMR before starting school.
Children should get two doses (shots) of MMR at each of the following ages:
- 12 to 15 months
- 4 to 6 years
Adults
Adults 18 years old or who were born after 1956 should get at least one dose (shot) of the MMR vaccine if:
- They have never received an MMR shot
- They are not sure whether or when they received an MMR shot
- They have never had any of the three diseases
Women who can become pregnant and who have not had the MMR vaccine in the past should have a blood test to see if they are protected (immune). If they are not immune, they should receive the MMR vaccine. Women should not receive this vaccine if they are pregnant or planning to become pregnant within the next 4 weeks. The vaccine may harm the baby.
WHO SHOULD NOT GET THIS VACCINE
- Persons who received a dose of MMR and developed an allergy from it.
- Persons who are severely allergic to the antibiotic neomycin (MMR contains a tiny amount of neomycin).
- Women who are pregnant (women should not become pregnant within 1 month of receiving MMR).
- Persons with a weakened immune system due to certain cancers and their treatment, HIV, steroid medicines, or other medicines that suppress the immune system.
- Persons who are ill with something more severe than a cold or have a fever should reschedule their vaccination until after they are recovered.
- Received blood or platelet transfusions
- Received other blood products (including gamma globulin)
- Low platelet counts
Most persons who get MMR have no problems from it. Others may have mild problems such as soreness and redness where the shot was given or a low fever. More severe problems from MMR are rare.
If a rash or swelling of the cheek or neck glands develops without other symptoms, no treatment is needed. The symptoms should go away within several days.
Severe side effects may include:
- Allergic reaction (rare)
- Long-term seizure, brain damage, or deafness (so rare that it is unlikely the vaccine is the cause)
No vaccine works all of the time. It is still possible, though unlikely, to get measles, mumps, or rubella even after receiving all doses (shots) of MMR.
CALL YOUR HEALTHCARE PROVIDER IF:
- You are not sure if a person should get MMR
- Mild or serious symptoms develop after getting the vaccine
- You have questions or concerns about the vaccine
Alternative Names
Vaccine - MMR; Immunization - MMR; Rubella vaccination; Mumps vaccination; Measles - mumps - rubella vaccineDONE MMR for amzar..next at 1.5 year old..
alhamdulillah tak demam dia.
perkembangan amzar
tak banyak macam kakak
hihi
dah boleh jalan
pandai asyik nak ajak jalan
dia akan ambil kasut dia sua kat kita untuk ajak keluar
atau ambik tudung mami
having them was so fun and feeling greatful to Allah
tapi kalau penat rasa serik sangat
eh dah post tapi teringat nak share ni
amzar dulu masa mula2 dok nursery ramai2 ni sklau gak jangkit selsema ngan batuk
sekarang ni macam dah ok
sihat je
ada sehari itu alang pengasuh tanya kakak bagi supplement apa kat amzar dia suka makan la kak
smp titisan terakhir..hehe malu pulak kat dia .anak kuat makan
ok..ada baca pasal probiotik???
kalau tak tau bleh sutdy2 dlu pasal probiotik
mami bagi ni kat amzar ngan ayra
KORDEL PROBIOTIK
neli kat farmasi
ok..harap-harap anak korang pun sihat jugak..
kesian sgt bila depa demam kan.
Posted by mamibabah at 6:03 PM 0 comments
wordless friday
Thursday, October 30, 2014
rindu mami ngan babah ni..
cal tak angkat saipa..
i know ure busy
i just want to know u and my kids
thank god give a special husband like you
help and guide to being a good parent to our child
everyday ive find a hapiness living with u
happiness when i have time to
cooked to u n kids
clean our house
do laundry
clean n wipe the floor
fold the clothes
can groomed myself when u give me the time
exercise
and wake up at the same time everyday
what i want more
PINK CURTAIN of cos
teach my boy to talk-hes not talk any...already 11 month and no words come out from his mouth ...not like his sister...just say NAK if nak mamam
and other baby babbling
THE END-merepek di hari jumaat
Posted by mamibabah at 8:24 PM 0 comments
feelin useless
Sunday, October 26, 2014
semalam is feelin useless sangat..
useless as mommy
useless as a wife
sedih...rasa nak lari jauh jauh..
Masya Allah kenapa sampai begitu...
nak tau cerita...
********************************************
mommy tidurkan adik selepas maghrib lepas penat tiba dari kampung,
Ayra : babah , nanti kalo babah kaya babah nak jadi apa
babah : babah nak jadi Dato' Najib
mami jadi Datin Rosmah (bila amsa mami nak jadi Datin Rosmah taktau,..pandaija babah dia)
Ayra : Ala..tak payah la
babah :(gelak -gelak dok bayang mami jadi Datin Rosmah la tue)
Mami : pastu Ayra nak babah jadi apa kalo kaya?
Ayra : nak babah jadi menega (meniaga tengok loghat dia haru sguh)
Babah : nak menega di mana
Ayra :menega la di mana -mana pun
menega la ampa..mami layan tidoq sat sambil buai adik..
dua-dua veranak turun bawah...
mami pon dok rehat -rehat sambil dok pk umah bersepah kain baju tak lipat dan barang dalam beg balik kampung tak kemas lagi..
************************************************
Ayra : mami jomla turun makan ayam...
Mami :takpa, kakak makan dulu ngan babah..mami takut adik bangun.
Ayra :okay, satgi adik bangun mami turun tau...
*****************************************
10minit terlelap sat...adik terjaga teriak sungguh-sungguh..
ish pasaila pulak..
dok buai-buai dia zikir-zikir tak jalan jugak..
bawak turun bawah kat babah dia...
letak-letak ja atas riba babah..senyap dik...ishla adik ,...selalu macam tu pun...sedih nya mami
babah buat muka toya...
tu nk cakap kat mami tak leh harap la tu
tapi sungguhla takleh harap sungguh la bila teriak lagu tu babah oi...
**************************************
babah bagi adik kat mami balik...
mami masuk adik dalam buai lagi...
mula plak dah,..teriak sunguh2...
sabar je lah..
depa dua naik atas siap tutup pintu bilik..
nampak sangat takmau bagi kacau depa..
mami geramnya rasa nak abwak adik lari jauh-jauh
*******************************
jangan dok ikut iblis sngat kata hati...
tudung dah pakai
bawak adik naik keta...bagi dia kena aircond...senyap sat...
bawak adik masuk dalam rumah balik..babah turun dan ambik adik...
macam biasa,..dia bau babah dia terus senyap...babah bagi dia tidoq...
tidoq elok ja hero tu...mami layan ayaq mata la....
lipat kain kat aatas umah...
*********************************
hampa baca ni mesti ampa kata mami teruk kan...
jadinya mami berazam nak jadi ibu yang solehah dan isteri yang solehah
lebih bersabar
lebih spendkan quality time dengan anak2
sekarang ni anak-anak buka mata mami dah ilang pi kerja
babah yang dok urus depa semua
yang mami boleh buat
siapkan makanan adik
siapkan beg-beg depa..
balik kerjamain sat-sat aja dengan depa pastu pakat lena..
mami jangan dok emo tak pasal-pasal la,,.do something..at least baca doa
*************************************
Ya Allah ya tuhan,
ampunkan dosa kami
jadikan kami sekeluarga sentiasa dibawah rahmatmu Ya Allah,
Moga terpelihara dari segala bahaya,..
Moga kami terselamat dari ujian dunia yang kian mencabar Ya Allah
Matikan kami dalam keadaan beriman,
moga terselamat dari siksa kubur,juga hisab di padang masyar nanti Ya Allah,
pertemukan kami di syurga mu Ya Allah..
Posted by mamibabah at 9:36 PM 0 comments
teambuilding
Thursday, October 2, 2014
salam..semalam pej baru mami wajibkan semua staff attend programe team building..penat tapi syiokkk..ni ade beberapa gamba activit yang mami wajib buat kat sana...macam nak ajak babah ayra n adik anja main kat sini nanti..mmg adventure sgt...sakit urat abih tau...tapi hari ni menten bangun 530pagi n mop lantai dlu...
Ok..semalam program ni buat kat sini Escape Theme Park Telok Bahang Penang
View sebelum sampai tu cantik...jalan nak ke batu feringgi ..nampak view pantai semua...teringat lama tak snorkelingkan...
ha nampak dak tu..1st activity call monkey business..mmg tugh peluh-peluh gila...tu yang lenguh tangan and rasa strech kat perut,,..patut la abam guide kat situ semua badan muscle2...
2nd activity grup kne buat,,..ni calculatemasa tau..team mana lambat kena denda..jadi takleh pk panjang nak terjun takmau terjun...terjun jugak walopun tpejam-pejam mata ko..bila dah smp tanah rasa nak terjun sekali lagi..hihi..
ni no 4...macam tarzan tu...terbuai-buai..lagi berat lagi lambat tali nak berenti...laju dia hayun oit...activity no 3 naik pokok tak da gmbaq dengan flying fox...ni pun kecut perut...takdak gamabq
human gecko n0 5..ni last la..tangan mami kan tak kuat...lambatla mami smp atas ..kna tekan loceng kat ats tu...br bleh terjun turun...
Posted by mamibabah at 8:10 PM 0 comments
Jamu Anggun Ibu makluman
Monday, September 29, 2014
ha..dimaklumkan program diet adalah kelaut china selatan buat semntara ini..dok tengok makan nasik pn lagu tu jgk...malas dan2..makan tak makan sama...hang buat dahla cikpiza oi..aritu ang pandai sangat dok crita macam2...takpalah...ni kawan2 lani kita exercise pulak nak..
mami donload kat plystore buat daily workout kita buat cardio 5min lpas bangun tidoq pun dah ok...jom kita buat..sambil tu makan jamu anggun ibu untuk tenaga...cik abe pon suka...hisy..apa mngarut mami ni...betuila...tak rugi ampa cuba tau..hari ni customer lama2 pakat repat order..dok ada 6botoi dah yang order..semua nak suruh mami COD..insya Allah my freind...
ha...depa tanya cmna mami makan sebagai pil perancang...
sebenaqnya peranan dia ada dua,.ampa rajin baca ni tau
,
Secara saintifiknya
1. Apabila kita makan Jamu Anggun Ibu (JAI) ianya akan meningkatkan temperature (suhu) badan dalam tempoh 24 jam. Suhu ini akan membuat satu environment pada sekitar rahim kita (tempat pertemuan benih lelaki dan perempuan) di mana pada suhu ini ianya akan membuatkan benih lelaki dan perempuan tidak aktif untuk bercantum (persenyawaan) untuk membentuk embrio (janin). Dengan kata lain kemungkinan untuk mengandung adalah zero pada suhu ini.
2. Untuk pengetahuan dari ilmu kajian biologi, benih yg dilepaskan semasa bersama cuma ada hayatnya (umur) sehingga 24 jam sahaja. Jika benih ini tidak dapat bersenyawa dalam tempoh 24 jam ini maka ianya akan mati dengan sendiri. Ini ada ketetapan umur benih sejak azali lagi yang Allah jadikan.
3. Jadi merujuk kepada maklumat di atas sebab itu lah Jamu Anggun Ibu (JAI) hanya dibuat berfungsi setakat 24 jam sahaja. Tujuannya supaya menyamai umur benih. Jadi di dalam zon yang tidak selesa itu ia tidak berupaya untuk bercantum (benih lelaki) dengan pasangan (benih perempuan) maka selepas tempoh 24 jam ia pun mati sendiri dan pada hujung bulan (waktu rehat 7 hari) ia akan direduce melalui period.
Jadi kalau dalam tempoh 24 jam itu sekiranya ia berjaya bercantum maka proses persenyawaan akan berlaku dan akhirnya membentuk embrio (janin).so pregnant lah tu.
Oleh sebab inilah Jamu Anggun Ibu (JAI) perlu dimakan ikut aturan dengan jangka masa (gap) yg betul. (+/-) 2 jam adalah dikira 100% selamat. Jika tidak mengikut displin ini maka selepas 24 jam suhu badan akan normal dan benih akan kembali aktif, dan dalam zon yang selesa berkemungkinan ia berupaya untuk melakukan persenyawaan, maka akan mengandunglah bagi orang yang makan secara main-main/lupa/tak ada displin.
4. Jadi 2 biji Jamu Anggun Ibu (JAI) malam 2jam sebelum bersama adalah dos yang betul untuk menyediakan suhu (temperature) yang tepat. Jika dilebihkan dos nanti boleh membawa risiko lain (kecuali untuk kes lupa makan sahaja).
SIAPA YANG BOLEH MAKAN Jamu Anggun Ibu (JAI)?
1. Semua golongan wanita yang berumur 18 tahun ke atas.
2. Sama ada telah berkahwin atau belum, juga yang telah monopouse memang disyorkan makan Jamu Anggun Ibu (JAI).
3. Kandungan Jamu Anggun Ibu (JAI) bukan sahaja untuk family planning/cegah kehamilan malah dapat merawat kesihatan dalaman wanita.
PANDUAN PENGGUNAAN Jamu Anggun Ibu (JAI)
Panduan di bawah adalah untuk kali pertama makan Jamu Anggun Ibu (JAI) sahaja.
(bukan untuk botol ke-2, ke-3 dan seterusnya)
Aturan pertama kali makan JAI
MERANCANG KELUARGA (family planning)
1. Bagi yang lepas pantang
Mula makan hari ke-10 selepas bersalin (sekiranya bayi mengidap jaundice sila jangan makan sehingga bayi sembuh)
2. Bagi yang merancang sendiri
Mula makan pada hari ke 3, 4 @ 5 period
3. Bagi yang menggunakan pil perancang
Habiskan pil tersebut dan mula makan Jamu Anggun Ibu (JAI) pada hari sepatutnya sambung pil (tak perlu tunggu period)
4. Bagi yang menggunakan IUD
Kes yang tidak ada period
- dapat Jamu Anggun Ibu (JAI) boleh terus makan
Kes IUD yang belum expired & ada period
- mula makan pada hari ke 3, 4 @ 5 period
5. Bagi yang menggunakan injection
Kes belum/baru expired dan ada period
- mula makan pada hari ke 3, 4 @ 5 period
Kes yang tidak ada period
- dapat Jamu Anggun Ibu (JAI) boleh terus makan
PENTING !!!
1. Makan 4 biji sehari sekali , 2 biji pagi dan 2biji malam setiap hari selama 15 hari
2. Selepas habis sebotol, rehat selama 7 hari dan selepas itu sambung botol seterusnya
3. (Cara mudah ingat sambung botol baru: Hari apa terakhir makan Jamu Anggun Ibu (JAI), hari yang sama sambung botol baru minggu berikutnya)
SEKIRANYA TERLUPA Jamu Anggun Ibu (JAI) :
i) Lupa makan waktu malam
Pagi esoknya perlu ambil 2 biji sebagai ganti. Jika masih terlupa pada paginya maka pada malamnya perlu ambil 4 biji sekaligus.
ii) Lupa makan waktu pagi
Malamnya perlu ambil 2 biji sebagai ganti. Jika masih terlupa pada malamnya maka pada pagi esoknya perlu ambil 4 biji sekaligus
KONSEP & TINDAKBALAS Jamu Anggun Ibu (JAI):
Apabila anda mengambil Jamu Anggun Ibu (JAI), ianya akan bertindak merawat penyakit terlebih dahulu. Proses ini dinamakan tindakbalas awal.
Jamu Anggun Ibu (JAI) akan bertindak membetulkan sistem dalam badan supaya ianya berfungsi dengan baik. Bahagian yang akan berlaku proses rawatan adalah seperti berikut :
Bahagian Peranakan :
1. Ia akan mencairkan darah period lama/nifas lama yang tidak keluar habis semasa tempoh berperiod/berpantang (bagi yang bersalin).
2. Darah ini biasanya berwarna hitam/coklat.
3. Banyaknya darah yang keluar adalah bergantung kepada tahap kesihatan diri masing-masing. Jika anda sudah lama tidak berperiod/period yang pendek, bermakna banyaklah darah kotor yang disimpan dalam peranakan tersebut. Pada peringkat ini anda akan didatangi kekerapan period yang tidak menentu kerana Jamu Anggun Ibu (JAI) sedang merawat peranakan anda.
Memecahkan lemak / kolesterol / toksin
1. Selain dari darah kotor seperti di atas, lemak/kolesterol/toksin dalam badan/darah akan dipecahkan dan akan dibuang bersama najis air besar.
2. Pada masa ini anda akan mengalami kekerapan membuang air besar dan melepaskan angin/kentut
3. Selepas selesai tempoh itu anda akan melalui peringkat keserasian dengan Jamu Anggun Ibu (JAI)
4. Pada tahap ini period akan kembali normal. Maksudnya apabila habis saja makan 21 biji, besoknya period akan datang.
5. Pada tahap ini Jamu Anggun Ibu (JAI) sudah serasi dengan anda kerana proses rawatan sudah selesai.
6. Darah period lama ini seharusnya dikeluarkan kerana ianya memberi implikasi kepada anda dalam tempoh jangka panjang. Antara risikonya terdedah kepada fibroid/cyst/barah pangkal rahim. Jika darah lama ini dapat dikeluarkan InsyaAllah risiko kepada penyakit tersebut adalah rendah.
Dengan kata lain Jamu Anggun Ibu (JAI) adalah salah satu ikhtiar untuk mengelakkan kemunculan penyakit tersebut. Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.
Confuse ka JAI buleh tukaq FUNGSINYA UNTUK FAMILY PLANNING?
Secara asasnya bila kita makan Jamu Anggun Ibu (JAI), akan berlaku proses tindakbalas di mana ia akan mencuci keluar darah2 lama & 'kekotoran' dari rahim yang mungkin menjadi penyebab kepada sukar untuk mendapat anak (penghalang sperma utk bertemu telur/ovum).
Begitu juga kepada mereka yang mempunyai masalah period yang boleh menjadi salah satu penyebab kepada sukar mengandung.
Oleh sebab itu..apabila rahim telah dibersihkan & period telah normal semula, ia akan membantu dalam proses mendapatkan zuriat.
Namun begitu, ini hanya sebagai salah satu ikhtiar sahaja, apa-apa pun semuanya dengan izin Allah SWT jua..
Jamu Anggun Ibu (JAI) UNTUK MENDAPATKAN ANAK-Cara nak makan
1- Disarankan makan selama 6 bulan @ sehingga period normal semula, selepas itu boleh berhenti makan.
2- Mudah-mudahan dengan izin Allah akan tercapai hajat kita.
SOALAN LAZIM Jamu Anggun Ibu (JAI):
PERIOD TAK NORMAL SELEPAS MENGAMBIL Jamu Anggun Ibu (JAI)
Persoalan period tak normal ni adalah persoalan yang sangat biasa diterima daripada pengguna2 Jamu Anggun Ibu (JAI). Sebenarnya ada 2 kategori kes berkaitan period tak normal :
1. Period terganggu apabila baru amalkan Jamu Anggun Ibu (JAI)
Untuk kes macam ni, ada 2 sebab utama yang biasa :
i) Baru mengambil apa-apa produk yang mengandungi herba.
Sekiranya berlaku gangguan period, bermakna itu adalah tindakbalas daripada produk herba yang baru diambil tersebut, kerana kebanyakan produk terutamanya yg mnegandungi herba mempunyai tindakbalasnya sendiri sebagimana kita baru makan Jamu Anggun Ibu (JAI) juga.
Kebiasaannya, kesan tindak balas ni tidak lama & InsyaAllah period akan normal semula seperti biasa.
ii) Tindakbalas Jamu Anggun Ibu (JAI) baru berlaku
Sekiranya telah lama amalkan Jamu Anggun Ibu (JAI) dan tidak mengambil apa-apa produk herba lain, berkemungkinan period terganggu disebabkan tindakbalas Jamu Anggun Ibu (JAI)baru berlaku/memberi kesan.
Kes yang biasa, proses tindakbalas berlaku sewaktu di awal-awal pengambilan Jamu Anggun Ibu (JAI), tetapi kadangkala penerimaan badan masing-masing tidak sama antara satu sama lain, dan menyebabkan proses tindakbalas ni berlaku agak lewat daripada biasa.
KESIMPULANNYA :
1. Sebarang tindakbalas yang berlaku sewaktu pengambilan Jamu Anggun Ibu (JAI) adalah tidak sama antara seorang individu dgn individu yg lain & semuanya bergantung kepada tahap kesihatan masing-masing
2. Sekiranya bertahun-tahun makan Jamu Anggun Ibu (JAI), tetapi period tetap tidak normal juga, berkemungkinan badan individu tersebut tidak sesuai dengan mana-mana kandungan yang ada dalam Jamu Anggun Ibu (JAI).
Posted by mamibabah at 12:58 AM 0 comments
wish u luck dear
Sunday, September 21, 2014
today mygirl ade pikse..harini bahasa melayu n english..haha..harap2 dia takconteng ketas piksa dia...
semalam dia takleh tido asyik nak sembang ja ngan mommy..mommy tanya dia besar nanti kakak nak jadi apa dia kata takmau jadi apa2 ..nak duk ngan mami ngan babah ja..aish..mami pn kata la pastu bila mami ngan babah dah tua dah tak larat nak kERja sapa nak beli makanan nak bawak p jalan2...ayra kena kerja la pulak mami kata..pastu mami crita la keja dokter cmana...takmau dia kata..cikgu kena ngajaq ...takmau jugak...sampai 10 kerja mami senarai...tak pilih2 jugak...mata tak ngantuk lagi suruh mami cerita lagi...mami sambung cerita pasal arwah maksu ngan cik ani..nampak sedih la dia...astu dia tanya pasaipa kakak alia ngan abg danish tu lama tak mai...umah depa jauh tu yang tak leh mai mami kata...takngantuk lagi..cerita lagi....lama2 terlena jugak dia...hihi macam2 nak jawap kalau dia ada..kalau dia xdak sunyi sangat la...jadi payah nak tidoq malam sebab petang tu dia tidoq lama...lps bangu tidoq petang tu dia tanya...mami awat tak tanam pokok epal...aduh..awat nak makan epal ka...yala kalau ada senang kakak nak makan ...pastu mami pun kena dok rekala.epal tu umbuh kat tempat sejuk2 saja...ayra ingat tak yang kita p langkawi ramai aunty uncke yang rambut putih tu...kat tempat depa ada la epal...tempat depa sejuk...ooo..pastu awat kat langkawi takdak?...hihi...langkawi tak sejuk..depa mai rehat ja kat cni...pastu pasaipa kat cni ada pokok cherry..ish manyak tanya rasa nak suh plaster ja mulut dia tau dak...
Posted by mamibabah at 6:58 PM 0 comments
frust
Tuesday, September 16, 2014
harap2 babah tak baca..harini malas nak diet..hahaha...berat tak turun2 pon..dok 59tu...adeii.penat ja...so harini hentam makan roti sardin kat mamak..kenyang nk mampppss..huhu..
Posted by mamibabah at 6:49 PM 0 comments
seminar
Thursday, September 11, 2014
hello..bismillah..
harini sampai awal sikit..dan punchcard u ols...lega rasa
sempat prepare food untuk adik anja ngan kakak..masak sup ayam ngan macaroni buat bekal p nursery..
prepare food untuk mami jugak..
bfast hari ni : sayor sawi goreng dengan telo..peberet uols..kenyang..pastu angkatpanas2 letak cheese atas dia..mabeles sangat ...pastu curi satu drumstick ayam dalam sup depa..
lunch..cik zu kawan baru mami kat SUK ni ajak p makan kat bayan baru..asam pedas kaw dia kata...okehla satgi hang bawak aku p...dia ni ok..slamber cam mami jugak...baru kenai 2 minggu macam kawan bek dah..sat2 wasap sat2 wasap..tnya hg buat pa..hang bz dak..yg paling takleh blah dia ni gatai...rajin ushar orang ensem...hahaha...pastu msg2 bgtau mami..mami pn gatai jugak layanla dia ...sajala ilang2 stress....kadang kalo jumpa kalo die cakap kuat2 pasai pakwe ensem dia tu mami syu syu jela..hahaha...ok dia tau mami makan jamu ni dia pun try la...kmarin tapi tak berani makan 2bji..makan sebijik..pastu pg ni msg..wei keputihan kuaq banyak...hah..makan teruih smp lega la mami kata...
oh..pg tadi check ketosis...yeayy...berlaku uols...jadi purple...mau tak jadi..semalam babah paksa jogging pastu tidor nyenyak sangat..
satgi balik kna check jadi ke x..berat pagi td 58.9kg..xda banyak mana turun..kalo silap makan satgi tghari dia nekla balik...aiyaa..agak kritikal ni program diet nak balik kampung ni...Ya allah moga berjaya kali ini..amin..
Posted by mamibabah at 8:57 PM 0 comments
berjaya ke hari ni..
Wednesday, September 10, 2014
hari ni dah hari kelima diet atkins..hari ni takdak pening2 ok jer rasa..
ok apa menu hari ni
1)bfast telur goreng dua,daun salad 3keping,daging goreng..kna rm 5.00 tp kenyang sangat alhamdullah
2)lunch ...mcm nak kantoi..mami order chicken chop tak makan kentang dan buang jgk tepung goreng dia banyak sangat.
3)malam nanti kena clean betul2
semalam lunch mkn yongtaufoo..kuah dia bergula...tak jadik agaknye ketosis sebab berat maintain 59.1kg
harap-harap harini berlaku ketosis amin....
Posted by mamibabah at 11:12 PM 0 comments
ketosis ker..
Tuesday, September 9, 2014
aduh sakit pala awat tak tau..makan sikit sangat kot...harini hari ke 4 mami start induction diet atkins..kali ni paling lama..selalu bertahan smp 4hari ja...
apa induction ni-induction ni tujuan untuk jadikan badan ketosis (proses pembakaran lemak berlaku untuk ditukarkan kepada tenaga-normal tenaga kita dari glukosa dalam badan-bila buat induction iaitu kita limitkan carbo kita 25g perday so proses tu berlaku) kalo tak mau pening-pening n rasa tak larat kna slalu makan...silap pagi ni mami bangun lambat lagi..huhu..byk kali mami overslept tau lately...tak dan nak masak bfasat then ikut member p makan kat mamak..so menu halal atkins mami pn order telur separuh masak 2bji..kul 11 dah pning2 lalat..cal tnya hb, bb awat mmy pening2 ni...makan apa dia tnya...teloq 2bji...mana cukup dia kata..makan 4bji atau 6bji..hahahaha..gila mami kata..satgi org kata mami hantu pulak...selalu mami masak je telor dadar dgn cheese atau sayor cmpur ayam..(kawan2 yang nak tau byk sila google banyak blog yg tulih details)
ok pasaipa nak diet sgt kwn mami tnya...hang kuruih dah..
1) nak support my hb yang perut dia masih tak susut...geram tgk...mami dah bli baju slimfit kat die kaler hijau korea tu nak die pakai...seriesla diet bby...kalo muat msti ensemm..hehe
2) ok honestly mami mmg nmpk dh kurus .but pas raya nek mndadak sbb balun makan mcm2..padan muka kooo..peha dan punggung yg ketara sangat..cmana nak pakai baju comel2 kan..jeans pun nmpk ketat dan tak sopan bile pakai...nak exercse kdg2 je sempat..so i had to push myself to do this...weight???my ideal weight was54.8kg...now after 4days with atkins menu start 62kg on day 1st last nite timbang lepas makan 59.1kg..okla ..banyak jgk turun tu...mami jogging 3round 3hari straight sekilo pn tak turun tau..menyampah..penat je
3)what order supplement untuk maintain tenaga mami
i..shakxxxx dah stop sat..bnyak supplement dia ada carb tgi even esp shake or proten shake..so xpyh makan tu..makan proten natural ja
i..jamu is the must..tak penah mami stop jamu ni..ada la kdg2 lupa selang 2 3 hari..bila rs kureng...makan balik...jamu ni yang murah mstila jamu anggun ibu yang dijual sndri oleh kakak mami.kalo nak try blehla pm mami, dok tolong dia juai skit2 kat kwn2 kuarters babah ayra..rs panas dan sihat btenaga ja wpun balik dr ofis..yess..kdg2 ble kite balik keje rse melepek lemau je...mami pn ade rse cm tu..mandi cepat2...makan dklu..jgn bg perut lapar...makan jamu..then i can go for jog...jogging ni bagus la mami rasa..bleh release stress n rasa sihat ja..
ape yg dirisaukan masa diet ni
1)nasi tak leh makan is ok to me- mami ni bkn aktif sgt-dah tak sesuai nasi jadi makanan ruji
2)bila tak makan nasi tak dela pitera utk tegang kulit..hehe..cmne nih..takpe hb kte u get it from sayur2 tu dh byk vit c nye
3)rs tak heavenla tak leh minum susu- untuk induction dalam tempoh 2minggu ni tahan sat jangan minum susu..ada gula jugak dalam tu,,..nanti tak kecik peha mami babah kata..ayoo..ketagih susu sunguh..tgk susu adik anja lagi ketagih..hahaaha..pas 2minggu ni nak p beli susu minum
4)malu kat kawan-lani mami dah pindah ofis suk mmg heaven sgt bwh tu tmpt shoping weyyy..ofis kat komtar..bsambaung2 dgn parksonla,pacific la 1st avenue la...sabo jela tahan napsu sikit..
5)kerisauan melanda bila nk balik kg...mak masak sedap2 takkan xmau makan nasi...haisy..harap2 boleh bersabar..
Posted by mamibabah at 9:43 PM 0 comments
tiada adab
Wednesday, August 6, 2014
Posted by mamibabah at 1:31 AM 0 comments
salam ramadhan 2014
Monday, July 7, 2014
alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan bertemu ramadhan tahun ini..Moga-moga kita rajin membuat amal ibadat untuk hapuskan dosa-dosa kecil dn besar sepanjang tahun ini..
2hari lepas tak silap mami, tecetus perbualan antara seseorang...dia kata , Allah bukan jadikan Ramadhan ini hanya untuk disia-siakan...kerna Allah tahu, kita banyak dosa..antara sedar dan tidak sedar, kita melakukan dosa..samada sembunyi-sembunyi mahupun terang-terangan...Sebab sekarang musim durian, (tetibe)....buah yang diberi belambak-lambak...sapa yang malas dan tak larat nak kutip...maka sikitlah hasilnya...macam tu juga dengan pahala yang Allah nak bagi bulan ini..sesiapa yang rajin bangun malam buat ibadah dan tak sayangkan tidurnya maka banyaklah ganjaran yang Allah bagi...Masya Allah, inilah bab yang mami lemah..lepas makan mengantuk...asyik nak tidur je...siang pun lemah lagi...harini baru nak insaf...hehe...syukur dan terima kasih pada seseorang tu yang ingatkan mami..walaupun dia tidur dan terjaga tengok mami sedang solat..diminta doakan kakinya yang asyik tergeliat tu...minta segera disembuhkan...hehe dah tau la sape seseorang tu kan...teman tidur dan sahabat setia mami ...iaitu suami ku...banyak dosa padanya Ya Allah...kadang-kadang kita minta maaf,,kadang-kadang lupa...sehingga kita lupa dosa dengan manusia perlu meminta maaf dan ampun dari manusia itu dahulu baru dengan tuhan..ye b,,yang dah doa kaki b agar segera sembuh...terima kasih tolong tidurkan anak-anak kita semalam..nasiblah dapat isteri sebegini....saya terus tertidur sambil mendakap sikecil semalam tanpa sedar...terjaga dalam kul 12 semua orang meninggalkan saya seorang diri di atas bilik..turun kebawah...lihat babahnya tidurkan adik dalam buaian dan memeluk erat sikakak...lena sungguh sikakak sampai meleleh air liur..masya allah..kejadian begini kadangkala memberikan keinsafan buat diriku..sangatlah mengantuk , lepas telan ubat batuk baru yang baru diambil diklinik homeopati di kampung kuala pegang mungkin..hehe..alasan lagi...ditinggal seorang begitu baru rasa,,oh..im not a good mom...oh..im not like other mom...pity my child had me as their mom...dokong sikecil naik keatas..tinggalkan dia semntara kejut babah untuk sama-sama tidur diatas...Syukur saya punya suami seperti itu...ramai yang tak senasib dengan saya...saya berdoa suami mereka juga berubah jadi penyanyang macam suami saya..bukan hendak berbangga..itulah dia...kdangkala rimas juga, perangai penyayangnya kadangkala telah meresap dalam jiwa saya...anak-anak jiran bebas keluar masuk seperti rumah sendiri..sedikit pun tidak terasa, biarkan saja mereka bermain...sehinggakan jika anak saya tiada pun mereka datang juga...hairan juga kenapa saya jadi begitu...bila ada tetamu datang mereka pun pelik dengan kami..nak -nak lagi tetamu tu mak mak kita sendiri..hihi...biarlah..dengan harapan mereka hormat kita sebagai orang tua dan kawan elok-elok dengan anak kita...dah lama tak menulis, banyak tunggang langgang ceritanya...
tapi masih nak menulis, cerita pasal batuk,lama benar mami batuk.gatal sungguh ditekak sehingga batuk mengeluarkan air mata...sakit di abdomen perut dan kadang2 sakit kepala..ada seorang kawan dipejabat becerita tentang satu klinik homoepati ni, kebetulan di baling juga ..di kuala pegang..terus ke klinik itu sabtu lepas cerita amsalah lepas dokter check dan tanya masalah, juga suruh dokter check ayra yang masih batuk dan amzar sekali...alhamdulillah dah kurang rasa gatal tekak dan kurang batuk juga..gembira sangat...amzar pun mudah sekali bagi makan ubat...mami letak air dalam botol dan masukkan semua ubat yang dokter bagi ikut sukatan, abis diminumnya alhamdulillah..harap2 kahak nya berkurang..sesipa yang batuk lama, mungkin bleh try kaedah ini pulak..dia bagi ubat allergy, sakit tekak ,paru-paru dan batuk,.katanya herbal remedy..untuk kanak-kanak tak bahaya sangat...imsya allah kita berikhtiar.allah yang menentukan..
Insya allah, nanti mami update perkembangan kesihatan batuk mami dan anak-anak..adik amzar dah lama tak bawa ke CP..masih ada vaksin yang tidak diambilnya..baru-baru ni cerita pasal virus JE..risau jugak mami kerana ada seorang mangsa itu di Penang..kalau pergi CP mesti dia suruh ambil jugaklah...
ramai yang anti vac..mami tak sealiran itu..maaflah..mungkin tak sekuat ibu-ibu sana yang mempercayai makanan sunnah boleh menjadi antivirus dalam badan..tak mungkin mami juga kuat nak jaga anak-anak yang sakit akibat tak divaksin ini.vaksin tercipta juga bila ada penyakit..boleh baca dulu sejarah polio..mami juga bukan ultraman...diuji dengan anak yang demam dan selesema juga dah lemah...masya allah..lemahnya..moga-moga Allah bagi kekuatan dan kesihatan yang baik buat mami babah dan anak-anak.
Tetapi Allah itu Maha Mengetahui, segala ujian dari Allah adalah atas segala kehendaknya...redhalah jika diberi ujian anak sakit, mungkin itu pahala terbesar Allah nak bagi kat kita...terus berusaha dan berikhtiar..sabar dan terus bersabar..Moga Allah pelihara kita. amin Ya Rabbal A lamin..
Posted by mamibabah at 7:28 PM 0 comments
anson road
Tuesday, April 22, 2014
salam...dah tengahari nak update jugeks...hehe...mula rasa selesa bekerja ditempat baru ..alhamdulillah...sama macam ofis lama orang-orang kat sini baik-baik belaka...hehe...dapat makan pree je..kakak kakak suka bawak bekal dan mami joinla dah depa ajak...takpayah jalan jauh2 p cari makan...
berulang dari bukit minyak ke ofis sampai hari ni dok on gps lagi...hik hik...malu aih kalau orang tau..bila lepas bridge jalan agak bersimpang siur..takut tersilap lorong...insya allah next time should be ok...
minggu lepas pindah mami kena diarhea yang teruk...sampai lembik dibuatnya...ofis lama ada jemput utk majlis perpisahan pun tak sempat nak pergi...alhamdulillah 3hari baik...hari pertama jadi tak lalu makan dan lenguh-lenguh badan...hari kedua cirit birit sampai malam...memang detox sungguhla...mami hanya minum air dan biskut sikit-sikit....hari ke tiga tertido je keje...nasibla adik amzar nursery sebelah dengan kuarters ...anta dia kat situ sambil2 training untuk ditinggalkan waktu kerja nanti..mami dok ulang p tengo9kla...alhamdulillah nampak dia ok..cuma masa nak tidorkan dia macam biasala...wekend sempat lagi balik rumah kita kat sungai petani..cuci toilet mop rumah dan tido kat situ semalam pastu balik kampung..anak dara malam tu ikut makchaq balik kampung...big girl sangat kan die...boleh tidoq umah tok dah...ooh penimbang tertinggal kat sp...tkejut sangat,...tanpa disangka detox punya pasal berat turun tinggal 57dari 59...hurm...peha ni nampak besor lagi..nak kna exercise...kne program balik dengan en hubs...dia pun semangat sekarang ni..oh ye mami ada buat pemeriksaan kesihatan.paras kolestrol tinggi kena kurangkan...berat kna kurangkan 2kg..kejje takde merapu je keje ni...start searching spa n saloon nearby,..hahahaha..
Posted by mamibabah at 9:06 PM 0 comments
wanita dan emosi
Wednesday, April 9, 2014
Salam, ada beberapa minit sebelum masuk mesyuarat terakhir di pejabat ini. Teringat anak pulak, sikakak masih tak bersekolah...biarlah...badannya masih tak berapa sihat...makan tak lalu...minum saja...adik masih ok2 dengan caranya...
.hati dah kurang bersemangat.gagahi diri juga untuk terus hadir..isnin depan adalah hari terakhir mami dipejabat ini..daerah Baling yang terpencil dan kebanyakan orang luar sangat takut ditukarkan ke daerah ini...macam-macam kata mereka...daerah ini tak majulah, jauhlah...dalamla...lacukla...apa-apa saja yang dikata mami telan aja...mami bangga dilahirkan disini..nikmati suasana kampung...masyarakat dan cabaran disini....Sayangnya , hanya dapat berbakti sekejap saja, hanya setahun..walau apapun, tak mengapalah.dapat juga pengalaman membantu mentadbir dan mengurus peruntukan jalan negeri didaerah ini walaupun tak sampai setahun..eh dah lari tajuk pula, sebenarnya nak update benda lain...
Ok, semalam dalam kereta bersama bos dan anak buah ke satu site di pedalaman ., salah seorang dari mereka menyebut tentang poligami...mami diamkan saja...malas nak melayan..bila salah seorang dari mereka menanyakan soalan.trpaksa jawab...mungkin nak cuba tahu atau menguji emosi mami mungkin...hehe...tak terkesan langsung dengan topik mereka bualkan...untuk menjawab persoalan tersebut,..kalau puan mcamana..boleh terima tak...nanti senang senang dapat payung emas disyurga tau...mami senyum lagi...menjawab tanpa emosi...mungkin boleh terima jika saya telah berpurdah satu hari nanti...mereka diam sunyi...mami sambung lagi...jika isteri yang seorang masih belum berjaya dididik sesolehah itu, mcamana nak tambah lagi...itu sajalah jawapan dari mami yang iman ini masih tipis...mungkin lagi tipis dari kulit bawang...tiada niat pula mahu memperkecilkan suami...ini kata-kata orang yang berfikir cara biasa-biasa.
Tadi masa memandu ke pejabat, seperti biasa dengar sinar pagi...rupa-rupanya hari ini 10April ialah 'Hari Adik Beradik Sedunia"...ok selamat berkasih sayang sesama adik beradik..maafkan jika ada terluka hati sesama kita...untuk semua adik beradik mami yang mami sayang dunia dan akhirat abg edi, abg man, abg jan, kak han, adik twin aishah dan midah dan adik bongsu yang selalu menyepi Sujaei , moga kalian sentiasa dirahmati Allah...moga allah jaga hubungan kita hingga ke syurga...insya allah raya tahun ni kita dapat berkumpul bersama...
Posted by mamibabah at 5:45 PM 0 comments
sihat cergas...
Monday, April 7, 2014
Salam, semalam balik awal ,pengasuh telefon bgtau ayra demam.cepat2 mami punchkad dan balik umah.perjalanan dari baling ke sungai petani tersa jauh sekali..setiba dirumah pengasuh ayra terbaring lesu...pegang badannya, masih panas tapi tak kuat sangat...sang hero masih lena dibuai mimpi...mami tanya ayra ok ke., dia geleng-geleng kepala..mami dukung ye.dia mengangguk perlahan...terus mendukung masuk ke dalam kereta dan bercakap-cakap sedikit dengan pengasuhnya.untungnya dapat pengasuh prihatin macam makteh .ayra panggil dia mak...jaga anak2 mami macam cucu sendiri..terima kasih makteh...nampak raut wajahnya agak sedih kerana tak lama lagi ayra dan amzar akan ikut mami berpindah dan cari pengasuh baru...cuba mami memujuknya satu ketika, makteh, takpelah,..nanti ada rezki ada org lain suruh mengasuh...dia diam kemudian perlahan berkata, tak dapat la macam fiza...mami diam saja..dalam hati berdoa moga makteh dipertemu dengan keluarga yang baik-baik .insya allah..ok, mami cakap dekat makteh, jap lagi datang ambik adik ye..makteh pun cakap ok..ayra dibawa pulang kerumah...dalam kereta tidur lagi...takde tenaga sangat...pintu gate dibuka..ayra masih tak bangun, mulut kecil bertanya, mami kenapa tak beli sticker yang sejuk-sejuk letak kat dahi tu...oh mami lupa sayang..nanti babah balik kita ajak babah beli ....ingat lagi dia..sebab onthe way nak hantar pagi tadi dia dah cakap...sorry sayang..dukung dia tidurkan atas kusyen..nak air glucose (memang demam selalu bagi minum) nak katanya..buat dan dia minum abis sebotol...ayra nak apa2 mami buat, tak nak apa-apa..ok, mami letakkan dia atas riba, merenung anak mata dia yang layu tak seperti kebiasaan..ayra rehat ye mami nak sidai kain...dia ok..masuk dalam temgok dia ok skit.ok kakak makan ubat ye..bagi cepat cergas..ok katanya..makan ubat pun senang sangat dia telan kali ni,..alhamdulillah...pastu terus cergas sikit..tiba-tiba bunyi motor diluar samna..jam baru kul 5 ..ayra kata babah balik..mami cepat2 memintas..awal lagi,.bukan babah...tengok-tengok betul babah balik..terus bersinar matanya dan bangun mendapatkan babah...terus macam tak demam...babah dukung dia,..jom ambik adik mami ajak..terus ambik adik yang masih tidur dan pegi beli cold fever dia...semalam banyak minum glucise je...bangun muntah dan berak beberapa kali..pagi tadi dah ok skit dan dia nak ikut babah pegi kerja..dan babah setuju ...seronoknya dia..pertama kali ikut babah nye ke ofis...harap terus sihat tak demam lagi ye sayang...luv u...
Posted by mamibabah at 9:08 PM 0 comments
ceritera gadis kecil
Wednesday, April 2, 2014
Salam...semalam tidor lena sekali...penat mungkin...hehe...peace babah...alhamdulillah dikurniakan suami yang sangat membantu dalam mengurus rumah tangga...biar kecil pertolongan dan mulutnya yang laser seperti bahanapi yang bisa meletupkan hati kecil mami...mami sudah terbiasa...bila babah marah...terus peluk dia,...jangan dilawan cakapnya...biarkan saja...bila dipeluk badan sasanya itu./(eh sasa ke..,kalau dia baca mesti feeling hot memanjang nih).. api yang panas membahang terus sejuk menjadi bara barangkali..haha...si hero kecil senang ditidurkan semalam...kakaknya jugak tak banyak karenah...tidur lebih awal dari si adik...tetapi sebelum tidur sekali lagi mami tnya perihal semalam..katanya, mami, depa tu kakak tu perempuan ada sama macam ayra jugak...kalau lelaki sama macam adik...terus saya memintas sebelum dia melalut lebih jauh, jadi jangan bagi kakak pegang kita punya , depa pun ada..ya mai..terus mami mencium pipinya yang makin gebu..mami panggil roti pau ...babahnya pantang bila melihat mami mencium sigadis kecil, dia pun cepat-cepat mencium juga pipi sigadis..geram mungkin...comel jugak anak kita katanya...ooh..memangla kata mami..maka kembanglah babahnya...makin besar sigadis makin mirip sangat babahnya..kena kata comel la...
Membuang sisa-sisa waktu sebelum berpindah ...rasa hormon bekerja dah kurang...huhu..macam-macam..boleh update blog lagi...apa plan minggu ni ya, minggu lepas dah ke penang dan perlis...minggu ni kemana kita , macam teringat babahnya ajak ke zoo taiping,...penat pulak rasa rushing-rushing..apakata balik akmpung je babah, minggu ni macik aishah nak bwk balik baby barunye nur iman..cantik namanya kan...insya allah akan cantik akhlaknya...baby girl juga due nya 20hari lepas kembar makcik aishah , makcik midah dengan baby nur qiesya humaira nye...sedap nama...cita pasal qiesya...ayra juga ade kawan kat sekolah nme aishah humaira katanya..dan ada satu pagi tu mami tengah panggil-panggil dia, dia cakap ayra humaira la mami...ish...nak jugak humaira tu...
Esok dah jumaat , sabtu ni mak mentua nak buat knduri sikit,.aunty ayra nak bertunang..tahniah aunty...moga selamat majlisnya..insya allah..ok
Posted by mamibabah at 8:04 PM 0 comments
kakak ayra
Tuesday, April 1, 2014
Assalamuaalaikum wbt..semoga kita semua dirahmati oleh Allah..Semalam perjalanan yang panjang dipendekkan dengan izin allah.mami dah pergi melaporkan diri di pejabat pkk putrajaya dan akan memulakan tugas baru di pkk penang pada 16hb ni...mami gerak flight pagi jam 815 arrive at 945 tumpang kawan jumpa pengarah pukul 11 setle lapor diri, sengih2 macam kerang busuk kat semua apabila memperkenalkan diri di sana.Selesai terus ke lcct bergerak pulang ke penang airport jam 315petang.alhamdulillah perjalanan berjalan lancar...
Sampai dirumah agak lewat dari kebiasaan 640petang ambil anak2 dirumah pengasuh dan pulang kerumah.sampai dirumah dihidangkan dengan nasi lauk ayama masak merah oleh chef Mak Chaq...MakChaq sekarang duduk dengan kami sekeluarga...adik kepada babah ayra...Syukur sangat dia banyak menbantu kami menguruskan anak-anak tatkala masing-masing penat dari kerja...eh,,,dia pun penat tau...dia sedang menjalani latihan praktikal di Kilang Sharp Sg Petani...hah...taktaula...lepas ni MakChaq takda baru tau mami ngan babah,...Dah nak masuk 3bulan lbih makchaq di rumah kami,,,lepasni no no no...buat sendiri la semua ye.adanya Makchaq ringan jugak mami...almaklumlah anak bujang mami sangatlah cerewet orangnye....
Sebenarnye entry ni nak tulis perkembangan ayra...semalam agak mengejutkan mami...sedang mengangkat takbiratul ihram untu solat maghrib mami merasakan sesuatu tidak kena apabila ayra sigadis kecil saya (masih saya anggap baby saya walaupun dah tak larat nak dukung dia )macam cuba menarik seluar dalamnya dan memegang pussynya..terhenti dari solat secara tak sengaja, memeluk anak gadis keci yang kian montel...bertanya satu persatu apa yang dia cuba buat...soalan demi soalan...pujuk dan rayuan...akhirnya sigadis kecil memberitahu ada dua kawan perempuannya berbuat demikiian disekolah...alahai....apa yang sikecil ini tau...hati ini terus meronta untuk terus menyiasat sigadis kecil.babah yang sedang tidur lena terjaga dan mencuri perbualan ibu dan anak ini...mami terus menyoal siasat disamping sigadis kecil berusaha menyembunyikan rahsia besar mereka...akhirnya soalan terjawab, salah seorang dari kwan perempuan yang dinamakan sbg si xxxx telah menonton perbuatan lucah orang dewasa...sigadis kecil berkata kawannya tgk tv cara orang besar pegang private part pasangan...masya allah...mami terus memprovok sigadis kecil berkenaan bahayanya membenarkan orang lain memegang private part kita dengan momokon cerita ngeri...nanti kena potongla...nanti dokter jahitla...nanti polis tangkapla....tiada kepakaran mami disitu untuk menerangkan perkara berkenaan....emmm.....akhirnya selesai disitu bila dia mengangguk dan promise tak bagi kawan pegang private part dia lagi...
Tidak habis disitu, kelakuan sigadis kecil terus membuat mami terharu..ketika babah dah terlena, mami sbuk menidurkan si anak bujang...sigadis kecil rasa terpencil...tiada cerita dari babah atau mami agaknya,tiada pelukan babah, dan tiada cerita kartun kegemaran dipasang...sigadis duduk terjelepuk di pintu bilik sambil menangis hiba...mami yang masih belum tidur melihat mata si adik yang telah layu..terus mendapatkan sigadis kecil .mendukung dan mencium pipinya, bertanya kenapa menangis...tidak apa katanya...terus ada idea untuk ambil satu lagi tilam kecil ,jom kita tidur dua orang disini...mami boelh cerita-cerita kat ayra...muka nya ceria kembali..minta mai memasang cadar tilam berkenaan,.dek kerana terlalu penat,.mami ambil selimut sahaj untuk alaskan tilam berkenaan...maka mulalah cerita mami satu persatu pasal kisah penerbangan mami naik pagi tadi...dan matanya hampir layu untuk tidur sekali lagi mami tekankan pasal perbuatan nya yang tadi..pasal bahaya perbuatan tersebut...akhirnya lena...mami masih sukar lena..mungkin kifarah dosa-doasa kita Allah memperlihatkan kejadian itu...taubatlah sebelum terlambat..
Pagi tadi sedang bersiap-siap ketempat kerja babah pulak mendukung sigadis kecil menceritakan bahaya perkara yang sama..di pejabat mami ceritakan kepada kawan-kawan dan mereka turut memberi pandangan masing-masing..mami ambil keputusan menelofon dan bercakap dengan ustazahnya..ustazah berjanji akan pantau perkara berkenaan...dan turut memaklumkan pelajar yang tadi itu memang agak bermasalah...sama-samalh kita muhasabah diri...perkara-perkara sensored begitu jangan dijadikan sumber inspirasi atau cerita dongeng anak-anak kecil..tidak layak untuk anak gadis kecil saya yang saya masih anggap baby itu...
Moga jadi panduan dan pedoman semua, benarlah kata orang menjaga anak perempuan tidaklah mudah..Bye assalamualaikum.
Posted by mamibabah at 11:19 PM 0 comments
pasti kembali
Saturday, March 15, 2014
Assalamualaikum wbt .Segala puji bagi Allah yang memelihara dan mengatur semesta alam....
Banyak perkara berlaku..kadang-kadang diluar jangkaan dan fikiran manusia biasa..sekarang Malaysia menjadi tumpuan dunia berikutan kehilangan sebuah kapal terbang mas yang masih belum dijumpai ..tetapi ada sedikit progress mami rasa..it still missing.harapan tertinggi dan doa dipanjatkan supaya dijumpai dengan selamat...dan sekiranya betul apa yang dispekulasi kita berdoa juga agar malaysia selamat dari diancam kuasa-kiuasa besar dunia dan yang merancang dan melaksana di balas dengan setimpal baik dari Allah di akhirat mahupun dunia..em..semalam kami sekeluarga berada di Baling.alhamdulillah hujan petang semalam..lega sangat..rata-rata kawan2 kat fb pun post hujan kat negeri masing-masing,Kan Allah dengar doa kita tu..
Sang puteri-banyak karenah...banyak juga yang dia dah boleh buat sendiri..banyak main emosi dengan dia...banyak sayang jugak....
Sang putera- my handsome...my dumbell...banyak mami ilang fokus bila tengok dia...sampai lupa dia dah 6bulan 15hari today...nak kna bwk p cucuk ....
Finally its us..
Lama sangat tak tengok blog ni..nak update apa pun tak sure..
Firstly pasal pertukaran...bahagian dasar sumber manusia dah cal mami last 2month survey pasal tempat bertugas berikutan dah 3tahun lebih berada di Kedah.depa rancang nak antar ke design..mami minta pertimbangkan sebab babah kerja penang dan anak-anak yang masih kecil..alhamdulillah dipertimbangkan la kot..sebab mami dapat pink form ke PKK p.pinang.okla ..tapi nak kena lintas jambatan plak tu...em..fikir then fikir the best thing, pindah ke kuarters ofis babah dan mami berulang dari situ..
ok kot kan...harap2 semuanya akan ok...ala sedih jugak...baru lagi mami nk mndalami ilmu dgn role sbg jj..interesting, challenge, risky but fun...cant imagine nak kerja rempat baru macamna...apapapun harap2 akan terus bersemangat ditempat baru..jadikan kerja seperti game.. tiada game over...cuba naik level dengan seronok...actually tak naik pangkat pun..
Anak-anak pulak...macam tak berapa terurus bila masing-masing penat dikala pulang dari kerja,...maafkan mami kakak , adik...mami akan cuba jadi yang terbaik...babah pun sama...sama-sama kita jaga emosi dan fokus buat keluarga kita..amatlah membazir masa mereka jika tidak diisi dengan makanan rohani yang betul...bukan senang kan nak didik diri sendiri jadi terbaik nak terap dalam jiwa anak-anak..kami masih belajar dan kadangkala terjatuh dan kena bangun semula untuk melangkah...jika tidak mahu menjadi ketam..yang mengajar anak berjalan betul sedangkan dirinya juga tidak berjaya berjalan betul,.harap-harap kita akan terus memperbaiki diri walaupun dikekang dengan masa yang suntuk dan badan yang penat..
amin...abih dah kot ustazah
lastly nak update jugak pasal my weight management...alhamdulillah dah masuk level bmi normal with height 160 and 59kg..kalo nak loose sampai 55baru cantik kot...tapi bila perasan kurus ckit ni mulala nak pakai balik baju lama2...haisy..okla diet with high protein n low carb boleh dipraktis oleh sesapa yang nak turunkan berat badan.built your confident ...senang nak berurusan dan rasa sihat..
prince :,maintain kot...nnt g checkup kite timbang ye dik...tapi lengus jugakla dukung dia,,.
Posted by mamibabah at 7:59 PM 0 comments
resah
Monday, January 20, 2014
ape yang diresahkan sangat mami ni...tak keruan sgt bila pg2 mami cal nanny ayra depa bgtau ayra refuse to go school...smlm pon dah x pergi...mula la nak amik cuti kalo cenggini...disebabkan audit 3hari kat ofis..mami tpaksa mai keja walaupun otak melayang-layang teringatkan ayra...so wht can id o is to write here...biarla xde sape baca pon...nak legakan hati mami sendiri...
1)plan esok.babah pg keja lambat skit...babah antar ayra ke skolah...next time mami plak..
2)plan kedua mami minta pindah balik sp jugak...bleh apa-apahal balik
3) plan ketiga...pindah rumah dok baling
Posted by mamibabah at 10:01 PM 0 comments