kakak ayra

Tuesday, April 1, 2014

               Assalamuaalaikum wbt..semoga kita semua dirahmati oleh Allah..Semalam perjalanan yang panjang dipendekkan dengan izin allah.mami dah pergi melaporkan diri di pejabat pkk putrajaya dan akan memulakan tugas baru di pkk penang pada 16hb ni...mami gerak flight pagi jam 815 arrive at 945 tumpang kawan jumpa pengarah pukul 11 setle lapor diri, sengih2 macam kerang busuk kat semua apabila memperkenalkan diri di sana.Selesai terus ke lcct bergerak pulang ke penang airport jam 315petang.alhamdulillah perjalanan berjalan lancar...
     Sampai dirumah agak lewat dari kebiasaan 640petang ambil anak2 dirumah pengasuh dan pulang kerumah.sampai dirumah dihidangkan dengan nasi lauk ayama masak merah oleh chef Mak Chaq...MakChaq sekarang duduk dengan kami sekeluarga...adik kepada babah ayra...Syukur sangat dia banyak menbantu kami menguruskan anak-anak tatkala masing-masing penat dari kerja...eh,,,dia pun penat tau...dia sedang menjalani latihan praktikal di Kilang Sharp Sg Petani...hah...taktaula...lepas ni MakChaq takda baru tau mami ngan babah,...Dah nak masuk 3bulan lbih makchaq di rumah kami,,,lepasni no no no...buat sendiri la semua ye.adanya Makchaq ringan jugak mami...almaklumlah anak bujang mami sangatlah cerewet orangnye....
       Sebenarnye entry ni nak tulis perkembangan ayra...semalam agak mengejutkan mami...sedang mengangkat takbiratul ihram untu solat maghrib mami merasakan sesuatu tidak kena apabila ayra sigadis kecil saya (masih saya anggap baby saya walaupun dah tak larat nak dukung dia )macam cuba menarik seluar dalamnya dan memegang pussynya..terhenti dari solat secara tak sengaja, memeluk anak gadis keci yang kian montel...bertanya satu persatu apa yang dia cuba buat...soalan demi soalan...pujuk dan rayuan...akhirnya sigadis kecil  memberitahu ada dua kawan perempuannya berbuat demikiian disekolah...alahai....apa yang sikecil ini tau...hati ini terus meronta untuk terus menyiasat sigadis kecil.babah yang sedang tidur lena terjaga dan mencuri perbualan ibu dan anak ini...mami terus menyoal siasat disamping sigadis kecil berusaha menyembunyikan rahsia besar mereka...akhirnya soalan terjawab, salah seorang dari kwan perempuan yang dinamakan sbg si xxxx telah menonton perbuatan lucah orang dewasa...sigadis kecil berkata kawannya tgk tv cara orang besar pegang private part pasangan...masya allah...mami terus memprovok sigadis kecil berkenaan bahayanya membenarkan orang lain memegang private part kita dengan momokon cerita ngeri...nanti kena potongla...nanti dokter jahitla...nanti polis tangkapla....tiada kepakaran mami disitu untuk menerangkan perkara berkenaan....emmm.....akhirnya selesai disitu bila dia mengangguk dan promise tak bagi kawan pegang private part dia lagi...
       Tidak habis disitu, kelakuan sigadis kecil terus membuat mami terharu..ketika babah dah terlena, mami sbuk menidurkan si anak bujang...sigadis kecil rasa terpencil...tiada cerita dari babah atau mami agaknya,tiada pelukan babah, dan tiada cerita kartun kegemaran dipasang...sigadis duduk terjelepuk di pintu bilik sambil menangis hiba...mami yang masih belum tidur melihat mata si adik yang telah layu..terus mendapatkan sigadis kecil .mendukung dan mencium pipinya, bertanya kenapa menangis...tidak apa katanya...terus ada idea untuk ambil satu lagi tilam kecil ,jom kita tidur dua orang disini...mami boelh cerita-cerita kat ayra...muka nya ceria kembali..minta mai memasang cadar tilam berkenaan,.dek kerana terlalu penat,.mami ambil selimut sahaj untuk alaskan tilam berkenaan...maka mulalah cerita mami satu persatu pasal kisah penerbangan mami naik pagi tadi...dan matanya hampir layu untuk tidur sekali lagi mami tekankan pasal perbuatan nya yang tadi..pasal bahaya perbuatan tersebut...akhirnya lena...mami masih sukar lena..mungkin kifarah dosa-doasa kita Allah memperlihatkan kejadian itu...taubatlah sebelum terlambat..
       Pagi tadi sedang bersiap-siap ketempat kerja babah pulak mendukung sigadis kecil menceritakan bahaya perkara yang sama..di pejabat mami ceritakan kepada kawan-kawan dan mereka turut memberi pandangan masing-masing..mami ambil keputusan menelofon dan bercakap dengan ustazahnya..ustazah berjanji akan pantau perkara berkenaan...dan turut memaklumkan pelajar yang tadi itu memang agak bermasalah...sama-samalh kita muhasabah diri...perkara-perkara  sensored begitu jangan dijadikan sumber inspirasi atau cerita dongeng anak-anak kecil..tidak layak untuk anak gadis kecil saya yang saya masih anggap baby itu...
       Moga jadi panduan dan pedoman semua, benarlah kata orang menjaga anak perempuan tidaklah mudah..Bye assalamualaikum.
     


0 comments: