wanita dan emosi

Wednesday, April 9, 2014

         Salam, ada beberapa minit sebelum masuk mesyuarat terakhir di pejabat ini. Teringat anak pulak, sikakak masih tak bersekolah...biarlah...badannya masih tak berapa sihat...makan tak lalu...minum saja...adik masih ok2 dengan caranya...
.hati dah kurang bersemangat.gagahi diri juga untuk terus hadir..isnin depan adalah hari terakhir mami dipejabat ini..daerah Baling yang terpencil dan kebanyakan orang luar sangat takut ditukarkan ke daerah ini...macam-macam kata mereka...daerah ini tak majulah, jauhlah...dalamla...lacukla...apa-apa saja yang dikata mami telan aja...mami bangga dilahirkan disini..nikmati suasana kampung...masyarakat dan cabaran disini....Sayangnya , hanya dapat berbakti sekejap saja, hanya setahun..walau apapun, tak mengapalah.dapat juga pengalaman membantu mentadbir dan mengurus peruntukan jalan negeri didaerah ini walaupun tak sampai setahun..eh dah lari tajuk pula, sebenarnya nak update benda lain...
        Ok, semalam dalam kereta bersama bos dan anak buah ke satu site di pedalaman ., salah seorang dari mereka menyebut tentang poligami...mami diamkan saja...malas nak melayan..bila salah seorang dari mereka menanyakan soalan.trpaksa jawab...mungkin nak cuba tahu atau menguji emosi mami mungkin...hehe...tak terkesan langsung dengan topik mereka bualkan...untuk menjawab persoalan tersebut,..kalau puan mcamana..boleh terima tak...nanti senang senang dapat payung emas disyurga tau...mami senyum lagi...menjawab tanpa emosi...mungkin boleh terima jika saya telah berpurdah satu hari nanti...mereka diam sunyi...mami sambung lagi...jika isteri yang seorang masih belum berjaya dididik sesolehah itu, mcamana nak tambah lagi...itu sajalah jawapan dari mami yang iman ini masih tipis...mungkin lagi tipis dari kulit bawang...tiada niat pula mahu memperkecilkan suami...ini kata-kata orang yang berfikir cara  biasa-biasa.
        Tadi masa memandu ke pejabat, seperti biasa dengar sinar pagi...rupa-rupanya hari ini 10April ialah 'Hari Adik Beradik Sedunia"...ok selamat berkasih sayang sesama adik beradik..maafkan jika ada terluka hati sesama kita...untuk semua adik beradik mami yang mami sayang dunia dan akhirat abg edi, abg man, abg jan, kak han, adik twin aishah dan midah dan adik bongsu yang selalu menyepi Sujaei , moga kalian sentiasa dirahmati Allah...moga allah jaga hubungan kita hingga ke syurga...insya allah raya tahun ni kita dapat berkumpul bersama...
       

0 comments: