Tak pernah post pasal kerja..Hari ni
berkecil hati dengan kontraktor bumi
Pulau Pinang..Saya baru bekerja
di Pusat Khidmat Kontraktor yang krjanya memproses sijil taraf bumi, kursus
untuk kontraktor bumi dan lain-lain khidmat untuk kontraktor bumi .. Staf saya
hanya ada 7 orang tmsuk saya 8..4 saya hantar untuk kursus di kl..tgal km
berempat.. Hari ini saya didatangi oleh seorang kontraktor G1 terus ke bilik
saya komen prosedur pembaharuan lesennya lambat dan gaya cakap nya untuk saya
beri segera lesennya..Prosedur perlu masuk meeting dahulu selepas submit..kita
proses dalam masa 14hari..Melihat keadaan begitu saya memujuk beliau dengan
mengeluarkan surat kpd agensi bkenaan mengatakan PKK sedang dalam proses taraf
bumi.Saya keluar ke blik staf saya untuk print surat tersebut..Dua-dua mereka
kelihatan sugul..Kenapa saya tanya,..Dengan perlahan...saya minta maaf puan,
terus saya suruh masuk bilik puan, ..dia cakap kat kami..”Babi buat kerja elok
daripada hampa”..Masya Allah...tak sangka sungguh saya...Riak wajah orang itu
macam warak-warak saja boleh menuturkan kata-kata begitu..staf saya hanya ikut peraturan kerja...Kesian staf saya,
yang dah layak dipanggil ayah tunggu hari untuk pencen terima habuan begitu.Saya
keluar untuk serah surat kepada beliau, Alhamdulillah hari ni mood saya baik.saya
mampu tersenyum padanya..Encik-nah surat encik...borang tinggai sini kami akan
proses .Terima kasih katanya..Takapalah...tak lama lagi saya pun akan ditukar
dari bhg ini..harap-harap orang baru bersedia dengan suasana biasa disini....Kepada
kontraktor melayu Pulau Pinang., terima la nasib anda dibumi mana anda
berpijak..memang kurang kerja...tapi janganlah membabi-babikan orang pula...Bukan
salah kami..kami juga makan gaji dan menurut perintah....
gusarnya hati..nak kena pindah lagi..
pinkform dalam 2minggu lagi..harap-harap dapat dekat...kalau tak mcmana nak urus anak-anak
Ya Allah , mudahkan urusan hidup hambamu ini...Amin
Lupa nak wish selamat hari raya maaf zahir batin..Sayang semua..Amin
0 comments:
Post a Comment