salam ramadhan 2014

Monday, July 7, 2014

alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan  bertemu ramadhan tahun ini..Moga-moga kita rajin membuat amal ibadat untuk hapuskan dosa-dosa kecil dn besar sepanjang tahun ini..

2hari lepas tak silap mami, tecetus perbualan antara seseorang...dia kata , Allah  bukan jadikan Ramadhan ini hanya untuk disia-siakan...kerna Allah tahu, kita banyak dosa..antara sedar dan tidak sedar, kita melakukan dosa..samada sembunyi-sembunyi mahupun terang-terangan...Sebab sekarang musim durian, (tetibe)....buah yang diberi belambak-lambak...sapa yang malas dan tak larat nak kutip...maka sikitlah hasilnya...macam tu juga dengan pahala yang Allah nak bagi bulan ini..sesiapa yang rajin bangun malam buat ibadah dan tak sayangkan tidurnya maka banyaklah ganjaran yang Allah bagi...Masya Allah, inilah bab yang mami lemah..lepas makan mengantuk...asyik nak tidur je...siang pun lemah lagi...harini baru nak insaf...hehe...syukur dan terima kasih pada seseorang tu yang ingatkan  mami..walaupun dia tidur dan terjaga tengok mami sedang solat..diminta doakan kakinya yang asyik tergeliat tu...minta segera disembuhkan...hehe dah tau la sape seseorang tu kan...teman tidur dan sahabat setia mami ...iaitu suami ku...banyak dosa padanya Ya Allah...kadang-kadang kita minta maaf,,kadang-kadang lupa...sehingga kita lupa dosa dengan manusia perlu meminta maaf dan ampun dari manusia itu dahulu baru dengan tuhan..ye b,,yang dah doa kaki b agar segera sembuh...terima kasih tolong tidurkan anak-anak kita semalam..nasiblah dapat isteri sebegini....saya terus tertidur sambil mendakap sikecil semalam tanpa sedar...terjaga dalam kul 12 semua orang meninggalkan saya seorang diri di atas bilik..turun kebawah...lihat babahnya tidurkan adik dalam buaian dan memeluk erat sikakak...lena sungguh sikakak sampai meleleh air liur..masya allah..kejadian begini kadangkala memberikan keinsafan buat diriku..sangatlah mengantuk , lepas telan ubat batuk baru yang baru diambil diklinik homeopati di kampung kuala pegang mungkin..hehe..alasan lagi...ditinggal seorang begitu baru rasa,,oh..im not a good mom...oh..im not like other mom...pity my child had me as their mom...dokong sikecil naik keatas..tinggalkan dia semntara kejut babah untuk sama-sama tidur diatas...Syukur saya punya suami seperti itu...ramai yang tak senasib dengan saya...saya berdoa suami mereka juga berubah jadi penyanyang macam suami saya..bukan hendak berbangga..itulah dia...kdangkala rimas juga, perangai penyayangnya kadangkala telah meresap dalam jiwa saya...anak-anak jiran bebas keluar masuk seperti rumah sendiri..sedikit pun tidak terasa, biarkan saja mereka bermain...sehinggakan jika anak saya tiada pun mereka datang juga...hairan juga kenapa saya jadi begitu...bila ada tetamu datang mereka pun pelik dengan kami..nak -nak lagi tetamu tu mak mak kita sendiri..hihi...biarlah..dengan harapan mereka hormat kita sebagai orang tua dan kawan elok-elok dengan anak kita...dah lama tak menulis, banyak tunggang langgang ceritanya...

tapi masih nak menulis, cerita pasal batuk,lama benar mami batuk.gatal sungguh ditekak sehingga batuk mengeluarkan air mata...sakit di abdomen perut dan kadang2 sakit kepala..ada seorang kawan dipejabat becerita tentang satu klinik homoepati ni, kebetulan di baling juga ..di kuala pegang..terus ke klinik itu sabtu lepas cerita amsalah lepas dokter check dan tanya masalah, juga suruh dokter check ayra yang masih batuk dan amzar sekali...alhamdulillah dah kurang rasa gatal tekak dan kurang batuk juga..gembira sangat...amzar pun mudah sekali bagi makan ubat...mami letak air dalam botol dan masukkan semua ubat yang dokter bagi ikut sukatan, abis diminumnya alhamdulillah..harap2 kahak nya berkurang..sesipa yang batuk lama, mungkin bleh try kaedah ini pulak..dia bagi ubat allergy, sakit tekak ,paru-paru dan batuk,.katanya herbal remedy..untuk kanak-kanak tak bahaya sangat...imsya allah kita berikhtiar.allah yang menentukan..

Insya allah, nanti mami update perkembangan kesihatan batuk mami dan anak-anak..adik amzar dah lama tak bawa ke CP..masih ada vaksin yang tidak diambilnya..baru-baru ni cerita pasal virus JE..risau jugak mami kerana ada seorang mangsa itu di Penang..kalau pergi CP mesti dia suruh ambil jugaklah...
ramai yang anti vac..mami tak sealiran itu..maaflah..mungkin tak sekuat ibu-ibu sana yang mempercayai makanan sunnah boleh menjadi antivirus dalam badan..tak mungkin mami juga kuat nak jaga anak-anak yang sakit akibat tak divaksin ini.vaksin tercipta juga bila ada penyakit..boleh baca dulu sejarah polio..mami juga bukan ultraman...diuji dengan anak yang demam dan selesema juga dah lemah...masya allah..lemahnya..moga-moga Allah bagi kekuatan dan kesihatan yang baik buat mami babah dan anak-anak.
Tetapi Allah itu Maha Mengetahui, segala ujian dari Allah adalah atas segala kehendaknya...redhalah jika diberi ujian anak sakit, mungkin itu pahala terbesar Allah nak bagi kat kita...terus  berusaha dan berikhtiar..sabar dan terus bersabar..Moga Allah pelihara kita. amin Ya Rabbal A lamin..


0 comments: