tiada adab

Wednesday, August 6, 2014



Tak pernah post pasal kerja..Hari ni berkecil hati dengan kontraktor bumi  Pulau Pinang..Saya baru  bekerja di Pusat Khidmat Kontraktor yang krjanya memproses sijil taraf bumi, kursus untuk kontraktor bumi dan lain-lain khidmat untuk kontraktor bumi .. Staf saya hanya ada 7 orang tmsuk saya 8..4 saya hantar untuk kursus di kl..tgal km berempat.. Hari ini saya didatangi oleh seorang kontraktor G1 terus ke bilik saya komen prosedur pembaharuan lesennya lambat dan gaya cakap nya untuk saya beri segera lesennya..Prosedur perlu masuk meeting dahulu selepas submit..kita proses dalam masa 14hari..Melihat keadaan begitu saya memujuk beliau dengan mengeluarkan surat kpd agensi bkenaan mengatakan PKK sedang dalam proses taraf bumi.Saya keluar ke blik staf saya untuk print surat tersebut..Dua-dua mereka kelihatan sugul..Kenapa saya tanya,..Dengan perlahan...saya minta maaf puan, terus saya suruh masuk bilik puan, ..dia cakap kat kami..”Babi buat kerja elok daripada hampa”..Masya Allah...tak sangka sungguh saya...Riak wajah orang itu macam warak-warak saja boleh menuturkan kata-kata begitu..staf saya hanya ikut peraturan kerja...Kesian staf saya, yang dah layak dipanggil ayah tunggu hari untuk pencen terima habuan begitu.Saya keluar untuk serah surat kepada beliau, Alhamdulillah hari ni mood saya baik.saya mampu tersenyum padanya..Encik-nah surat encik...borang tinggai sini kami akan proses .Terima kasih katanya..Takapalah...tak lama lagi saya pun akan ditukar dari bhg ini..harap-harap orang baru bersedia dengan suasana biasa disini....Kepada kontraktor melayu Pulau Pinang., terima la nasib anda dibumi mana anda berpijak..memang kurang kerja...tapi janganlah membabi-babikan orang pula...Bukan salah kami..kami juga makan gaji dan menurut perintah....

gusarnya hati..nak kena pindah lagi..
 pinkform dalam 2minggu lagi..harap-harap dapat dekat...kalau tak mcmana nak urus anak-anak

Ya Allah , mudahkan urusan hidup hambamu ini...Amin

Lupa nak wish selamat hari raya maaf zahir batin..Sayang semua..Amin