selamatkan sepupuku Kak Aminah

Sunday, March 3, 2013

Semasa berkunjung melawat sepupu yang seorang ini beliau nampak lemah sekali..Gelak tawa dan tangis anak kecillnya yang sebaya Ayra tidak dihiraukan..Keadaan beliau agak lesu .. pucat dan tampak kuning sedikit air mukanya..Lemah benar beliau.Tangannya sekali kala memegang bahu ibu (makcik kakak mak) dan tangan dengan sayu.Sedih sekali melihat keadaan beliau.
Sesekali membuka matanya bila mendengar suara anaknya Adlin..
Beliau seorang yang baik dan lemah lembut.Sepanjang pengetahuan mami , jarang sekali beliau bercakap kasar.Perwatakannya disenangi mak dan ramai orang tua.
kecil2 rumah makcik sering menjadi tempat permainan dan rumah kedua mami kerana maksu (masyitoh)adik beliau yang bongsu adalah sebaya dengan mami.Beliau agak rapat bila kami berkunjung kerumahnya.Tertanya-tanya mami dengan apa yang penyakit dihidap sepupu mami ni.Anak beliau 3orang  , yang sulung darjah satu perempuan, ke 2 lelaki anas namanya yang bongsu adlin amani..ingat namanya sebabAmani sebaya Ayra..dia lahir bulan 6, ayra bulan 8.
Bila bersembang dengan kakak  dan ibunya mereka memaklumkan beliau selalu demam malam, bila diperiksa di hosp pakar Metro katanya denggi..Demam berlarutan sehingga lemah badannya.Beliau dibawa pula diperiksa di Kedam Medical Centre. Disitu dikesan beliau menghidap penyakit hati selain bengkak di ovari.Dibawa pulang kerumah , kuning dimuka semakin kelihatan..Beliau dinasihat minum air yang banyak.
Mari berdoa banyak-banyak agar Kak Minah kembali sihat. Terbaru dimaklumkan beliau sedang dirawat di Hospital Pantai, Bayan Baru Pulau Pinang. Oh ya, kepada saudara saudara samada disebelah suami nya atau pun beliau sendiri pihak hospital memerlukan darah B untuk usaha membantu beliau.
Kejadian mengembalikan memori 2tahun lepas bersama arwah Kak mah dan Kak Ni.Alfatihan untuk mereka,

terbaru;telah selamat menjalankan pembedahan. Rupanya2 ada ketumbuhan (cyst)di ovari .harap terus sembuh..amin

0 comments: