ayra cirit birit lagi susah hatinya saya
Saya ada baca sikit bahaya cirit birit ni..
From Dr Hamid Arshad-takut pulak ni...
Doktor
- doktor mengenali tahap kekeringan
yang dialami dengan memerhatikan beberape tanda. Bayi-bayi yang mengalami tahap
kekeringan yang rendah biasanya tidak menunjukkan apa-apa tanda yang mudah dikenali
selain daripada kekeringan yang kurang daripada lima peratus. Pada tahap yang
sederhana ( dari 5 - 10 Peratus
tahap kekeringan ) bayi - bayi yang sering menunjukkan tanda - tanda seperti
mata tenggelam , ubun - ubun turun dan kulitnya kendur. Dia juga mungkin mengantuk
serta kurang membuang air kecil. Tahap kekeringan yang sangat merbahaya ( kekeringan
lebih dari 10 % ) menunjukkan bayi - bayi yang seakan - akan tidak sedarkan
diri dan kulitnya bukan sahaja kendur tetapi juga terasa sejuk , ubun - ubun
dan matanya tenggelam dan kalau dia diangkat , badannya terasa lembut dan ringan
sahaja. Dia tidak benyak membuang air kecil dan air kencing itu pekat sahaja.
Suhu badannya mungkin tinggi dan kadangkala , dia mungkin sawan. IBU BAPA TIDAK
SEHARUSNYA MEMBIARKAN ANAK MEREKA YANG MENGALAMI CIRIT - BIRIT SAMPAI KE TAHAP
MERBAHAYA KERANA INI MUNGKIN MEMBAWA MAUT.
Gejala - gejala
v Peningkatan kekerapan membuang air besar.v Najis yang berair dan cair, kadang-kadang didahului oleh atau terdapat kekejangan
abdomen.
v Terdapat angin atau kentut yang melampau.
v Kehilangan selera makan.
v Adakalanya demam.
v Adakalanya terasa mual dan muntah.
v Sakit otot.
Komplikasi
v Kehilangan 5-10% berat badan.
v Gelisah dan mudah tersinggung.
v Mata terbenam.
v Ketidakhadiran air mata.
v Mengalami kekeringan mulut dan lidah.
v Dahaga dan meminum dengan keinginan yang tinggi.
v Kulit kehilangan keanjalannya sedikit.
Pada dehidrasi yang teruk, pesakit mengalami gejala-gejala/tanda-tanda berikut:-
v Kehilangan lebih dari 10% berat badan.
v Keletihan dan mungkin hilang sedar.
v Mata adalah terlalu terbenam.
v Ketidakhadiran airmata.
v Mulut dan lidah adalah terlalu kering.
v Meminum hanya sedikit atau tidak meminum langsung.
v Kekenyalan kulit mengurang dengan nyata, iaitu apabila kulit dipicit ke atas, ia mengambil
beberapa saat sebelum kulit menjadi rata kembali.
v Kekurangan jumlah air kencing.
Punca-punca cirit-birit
v Meminum air yang tercemar.v Memakan makanan yang tercemar.
v intoleran makanan, contohnya intoleran laktosa.
v Jangkitan virus, bakteria atau parasit pada usus, contohnya Rotavirus, Shigella dan ameba.
Ya Allah, sembuhkan anakku.