Mummy will work hard masa pantang

Sunday, May 9, 2010

Papa..please help mummy nnt yer ...

Pantang larang ketika berpantang(rujukan blog babyibu)
• Tak boleh minum air banyak (gila dahaga masa ni) - sebabnya nanti urat kembang (lebih kurang macam tula)
• Makan pun hanya dalam kuantiti sedikit - tak boleh tambah (Ibu time ni makan sampai licin..lapor woo)
• Tak boleh minum ais (sampai setahun juga)
• Tak boleh makan nasi sejuk/nasi semalam - untuk elak masuk angin
• Tak boleh duduk direct dengan angin (apatah lagi aircond) - sebabnya nanti badan masuk angin (ni betul kot sebab pernah duduk dalam aircond sekejap terus seram sejuk badan)
• Kaki kena berstoking - untuk elak masuk angin
• Ibu jari kena jaga jangan bagi tersadung - sebabnya urat rahim terletak disitu
• Jangan dukung baby lain semasa berpantang - sebabnya takut turun darah
• Duduk kena elok-elok (bersimpuh dan tak boleh mengangkang) - supaya tulang punggung tak kembang
• Tak boleh duduk atas lantai (atas tempat sejuk)
• Elak makanan yang sejuk dan berangin seperti kekacang, timun, kobis dsb
• Elak makanan yang tajam dan berbisa - macam air tebu pun Ibu still pantang
• Tak boleh membaca, menulis dan menjahit - sebabnya nanti mata cepat rabun
• Tak boleh keluar rumah sangat
• Tak boleh buat benda berat macam angkat baldi penuh berisi air - hanya boleh angkat barang seberat bayi kita
• Tak boleh makan laksa dan mee kuning (ini Ibu amal sampai setahun) - sebabnya kapur nanti boleh kasi kembang urat
• Rambut kena ikat tegang-tegang - sebabnya nak elak masuk angin
• Jangan terlampau stess atau fikir sedih-sedih - takut meroyan
• Tunggu 100 hari sebelum bersama


HUHU...susah gak ni...

0 comments: